Konsep Takaful
Pengenalan Tentang Konsep Takaful
Assamulaikum dan salam satu takaful untuk semua… Bab Kali ini saya ingin kongsikan sedikit tentang Takaful . Bab ini agak membosankan disebabkan ia merupakan perkara asa tetapi ia amat menting sebelem kita mengenali konsep takaful itu sendiri
Sebagai seorang umat islam kita tidak boleh lari dari soal halal, haram, makruh, sunat dan harus. Oleh sebab itu dalam setiap perkara yang dilakukan oleh kita ada hukumnya dan bermula daripada akil baligh kesemuanya adalah dikira. Banyak perkara yang disukai oleh manusia biasa amnya, lebih-lebih lagi yang dapat memuaskan nafsu manusia adalah dihukumkan haram. Contohnya perkara yang melibatkan perjudian akan memberikan wang yang banyak kepada sebahagian orang, tetapi menindas yang lain.
Oleh itu islam telah memberikan garis panduan yang sempurna dan jika ia diikuti dengan menyeluruh akan memberikan kebahagiaan hidup didunia dan akhirat. Dalam sistem perniagaan, perbankan dan muamalat, sistem islam telah dipakai oleh kebanyakan negara dan terbukti adalah yang terbaik, lebih adil dan efisian.Daripada fenomena tersebut sudah tentu kita percaya bahawa sistem insuran islam ataupun lebih dikenali sebagai takaful adalah sistem yang terbaik dan adil untuk umat islam maupun yang bukan islam.
Sistem islam yang bersifat suci tentunya menjaga kepentingan ummah didunia dan akhirat. Seperti yang kita sedia maklum, tujuan asal insurans diperkenalkan ialah untuk memberikan perlindungan keewangan apabila seseorang itu ditimpa musibah kematian atau lain-lain. Tentunya wang yang kita ingin salurkan kepada waris kita adalah dari sumber yang halal sebagai mana kita berikan makanan yang terjamin halalnya kepada keluarga kita sekarang. Oleh itu sistem takaful telah diusahakan apabila konsepnya telah diperkenalkan oleh zaman awal islam dahulu bagi menegakkan muamalah islam dan perlaksanaan islam yang sepenuhnya bersama-sama perbankan islam.
TAKAFUL – Pilihan Yang menepati Syarak
Takaful adalah berlandaskan kepada syariah Islam. Ianya tidak melibatkan unsur-unsur seperti perjudian, ketidakpastian dan riba. Kejayaan sistem insurans konvesional pada tahun-tahun sebelum ini tidak membawa apa-apa erti kepada umat Islam kerana sifatnya yang tidak menepati kehendak islam. Walaubagaimana pun, oleh kerana pada suatu ketika dahulu, pada masa takaful belum diwujudkan lagi, sebahagian ulama’ berpendapat bahawa penyertaan ke dalam sistem insurans konvensional adalah darurat. Tetapi, dengan wujudnya sistem insurans Islam (takaful), penyertaan ke atas sistem insurans konvensional yang berasaskan riba tidak lagi danggap darurat dan hukumnya haram. Sebagai umat Islam yang cintakan agama, kita perlu menilai perkara- perkara yang tertentu agar ianya tidak bercanggah dengan agama Islam itu sendiri.
Persidangan Ulama Malaysia kali ke 16 pada 15-16 Februari 1979, mengambil keputusan seperti berikut; Insuran nyawa (Life Insurance) sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu Mengandungi gharar (ketidak-tentuan) ,Mengandungi unsur judi danMengandungi riba.
Aktiviti Muamalat
Takaful adalah sistem yang sama membantu dan berbeza dengan insurans yang berkonsepkan perniagaan atau jual beli. Sistem muamalat Islam ini menggariskan perkara-perkara yang perlu dipatuhi seperti tiadanya unsur judi, riba, ketidakpastian, adanya akad dan tidak menekan ke atas orang lain. Seperti sistem perniagaan yang diwujudkan berlandaskan Islam seperti pajak gadai Islam, sistem mudharabah, pinjaman secara Islam dan pelaburan yang berasaskan Islam seperti amanah saham Islam dan sebagainya, ia telah menunjukkan potensi perkembangan sistem muamalat Islam di negara ini semakin memberangsangkan, Justeru, sokongan padu daripada masyarakat Islam adalah aset penting dalam membangunkan ekonomi Islam itu sendiri, dan dengan itu, dapat menyakinkan masyarakat bukan Islam untuk sama-sama menyertai sistem perniagaan yang berlandaskan Islam.
UNSUR DAKWAH ISLAMIAH
Sebagai umat Islam, kita seharusnya memperkembangkan pengetahuan berkenaan Islam kepada masyrakat bukan Islam. Sebagai langkah pertama, seharusnya kita menggunapakai produk-produk Islam dan kemudian mencadangkan produk tersebut kepada mereka dan niatlah bahawa itu adalah sebahagian usaha dakwah kita di dalam menegakkan agamaNya. InsyaAllah mendapat keberkatanNya.
Istilah Takaful
Tafsiran syara’ ialah satu pakatan kumpulan untuk saling jamin menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain.Takaful mengikut tafsiran syara’ ialah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain.Ini bertepatan dengan Hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, “Demi diriku yang dalam kekuasaan Allah bahawa sesiapapun tidak masuk syurga jika tidak memberi perlindungan kepada jirannya yang terhimpit”.
Tujuan Takaful
Sistem Takaful adalah satu saluran yang membolehkan individu berikhtiar untuk saling bantu membantu bagi menghadapi risiko serta menyediakan manfaat dalam mengurangkan beban kewangan dan Menjaga kebajikan sosial
Ciri – Ciri Takaful
1. Patuh Syariah – Berdasarkan prinsip Islam seperti tolong-menolong (ta’awun) dan tanggungjawab bersama.
2. Tabarru’ (Derma Ikhlas) – Peserta menyumbang sebahagian wang mereka ke dalam dana bersama untuk membantu peserta lain yang ditimpa musibah.
3. Tiada Riba, Gharar dan Maisir – Takaful mengelakkan unsur-unsur yang dilarang dalam Islam seperti riba (faedah), gharar (ketidaktentuan), dan maisir (judi).
4. Pengurusan Dana Amanah – Dana peserta diuruskan secara telus oleh pengendali takaful, yang hanya bertindak sebagai pemegang amanah.
5. Pulangan Lebihan (Surplus) – Jika ada lebihan dana selepas tuntutan dan kos ditolak, ia boleh diagihkan semula kepada peserta.
6. Perkongsian Risiko – Risiko ditanggung bersama oleh semua peserta, berbeza dengan insurans konvensional yang dipindahkan kepada syarik
Konsep Tabarru’
Konsep Tabarru Bererti membuat kebajikan atau derma bersyarat dengan redha. Ia dilakukan secara sedar dengan niat untuk saling bantu membantu. Takaful berperanan sebagai pengendali tabung tabarru’. Sekiranya belaku musibah manfaat akan dibayar menggunakan tabung tabarru’ tersebut.
Tabarru’ adalah perkataan Arab bermaksud Membuat Kebajikan / Membuat Derma Bersyarat / Memberi Dengan Redha .Tabarru’ dilakukan dengan sedar di atas niat yang suci murni untuk tujuan membantu. Tanpa tabarru’ urusan takaful akan menjadi Gharar, sama seperti jualbeli seperti insurans. Dengan konsep tabarru’ , unsur Gharar dan Maisir dapat dihindarkan. Daripada tabung tabarru’, manfaat dibayar. Melalui tabaru’, risiko kemalangan dipikul oleh sesama peserta yang mentabarru’ dan bukannya syarikat.
Dengan perlaksanaan tabarru’ kita faham bahawa takaful bukan menjual insurans Islam tetapi Pengendali tabung tabarru’Wujudnya tabarru’, peserta akan juga sama memikirkan untuk membantu rakan-rakan yang lain (iaitu semangat bertabarru’) .Wang tabarru’ bukanlah kepunyaan syarikat. Syarikat hanya pengendali dan menentukan hak diberikan secara adil.Konsep tabarru’ mestilah dihayati. Tanpa penghayatan urusan takaful menjadi tiada beza dari insurans.
Konsep Al Mudharabah
Perkongsian keuntungan mengikut nisbah yang dipersetujui bersama antara peserta dan syarikat. Mudharabah bermaksud perkongsian untung . Mudharabah dikaitkan dengan pelaburan yang bersifat amanah di mana syarikat tidak wajib (tidak dosa/salah) jika tidak diberitahu di mana pelaburan dibuat. Mudharabah berbeza dari musyarakah (joint-venture) di mana kedua-dua pihak perlu tahu di mana pelaburan dibuat. Mudharabah sebagai pengganti dividen atau kadar faedah/bunga
Mudharabah dibenarkan oleh agama . Dalam mudharabah – nisbah ditentukan sementara nilai tidak ditentukan – bergantung kepada keuntungan. Pembahagian secara mudharabah lebih adil. Pengiraan mudharabah bermula dari tarikh sumbangan dibuat. Pembayaran mudharabah dibuat terus kepada peserta.
KEPERLUAN TAKAFUL
Insan selalu terdedah kepada musibah atau malapetaka seperti kecurian, kebakaran, dan banyak lagi yang akan mengakibatkan kerugian dan pengurangan nilai. jenis dan tahap risiko berbeza-beza dari segi nilai mendapatkan semula. Risiko atau musibah itu tidak pasti bila akan terjadi.
Untuk mendapatkan semula keadaan asal Insan perlu berusaha atau berikhtiar menyediakan bantuan. Sistem atau saluran bantu membantu dianjurkan dan digalakkan oleh agama. Sistem Takaful boleh meringankan beban risiko dan menyambung aktiviti harian.Hanya sistem takaful yang ramai dapat membantu yang ditimpa musibah. Percayalah saudara Sistem takaful Memang menguntungkan.
Kesimpulan Konsep Takaful:
Secara kesimpulannya, takaful merupakan satu sistem perlindungan kewangan berasaskan prinsip saling membantu dan tanggungjawab bersama. Ia memberi alternatif patuh syariah kepada insurans konvensional, dengan mengutamakan keadilan, ketelusan dan kerjasama. Melalui takaful, peserta bukan sahaja melindungi diri daripada risiko kewangan, malah turut menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat secara kolektif. Maka, takaful adalah pilihan terbaik bagi mereka yang mencari perlindungan yang selamat, halal dan beretika.
